Pengalaman yang memang tetap akan menjadi kenangan.Seawal jam 0630am kami dah keluar sebab sale di Debenhams bermula pada pukul 0700am.Tepat jam 0700am pintu masuk di buka secepat kilat Debenhams di Oxford Street,London di banjiri oleh orang ramai.Saya pun sempat jugak membeli beberapa barang.Tak banyak barang saya beli di Debenhams kerana barang idaman ada di Selrfidges,satu lagi shopping mall yang sale akan bermula pada jam 0900am.
Bila pintu masuk ke Selfridges di buka untuk orang ramai kami adalah orang terakhir yang dapat masuk,semua pintu utama masuk ke shopping mall tersebut terpaksa ditutup kerana terlalu ramai orang sehingga berhimpit-himpit.Memang ramai sungguh orang yang bershopping masa tu.Tapi memang kebanyakan barang on sale di Selfridges.bila saya buat perbandingan memang barang di Selfridges lebih murah.Barang yang saya memang nak beli tu pun harganya paling murah di Selfridges.Semasa dalam shopping mall tu ramai betul malaysian yang saya jumpa.Memang untung kalau dapat bershopping masa boxing day di London,harga memang jauh lebih murah dari biasa.
Setelah selesai kami pun nak balik ke hotel,tapi satu lagi halangan yang terpaksa kami rempuh sebelum sampai ke hotel.Sepanjang Oxford street di banjiri oleh ribuan manusia sehingga kami berjalan seperti ketam baru lah dapat melepasi rintangan.Saya rasa sehingga sesak nafas kerana ramai sangat orang sehingga tak nampak jalan.Saya rasa letih sangat bukan sebab membeli belah tapi letih melepaskan diri dari lapisan manusia.
Tapi saya rasa ini memang antara kenangan yang tak dapat saya lupakan sepanjang saya berada di UK selama 3 tahun.....